MYR (RM)
RM
Malaysia Ringgit
$
United States Dollar

Pembaharuan pemasang perancah

By Fairuz Ab Rahman in 9 Jun 2024 | 14:28
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

Mohon pencerahan: Ada pekerja sijil telah expired?

1. Adakah perlu renew

2. ⁠Sekiranya ingin masuk kerja, adakah masih boleh menggunakan sijil yang lama untuk sementara.

9 Jun 2024 | 14:28
2 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

1. Buat masa sekarang, tidak perlu renew. Selepas Peraturan Kerja di Tempat Tinggi diwartakan, perlu daftar dalam sistem myKKP (tiada fi) dan perlu hadir & lulus kursus ulangkaji.


2. Boleh. Rujuk no. 1.

9 Jun 2024 | 14:31
2 Likes
Abu Ishak Bin Jaafar

Abu Ishak Bin Jaafar

Instructor
Loyal User
Posts: 2
Member since: 9 Jun 2024

Terima kasih Dr. Ir Fairuz, diatas informasi. InsyaAllah Akan war warkan info ini.

9 Jun 2024 | 14:39
0 Likes
Abu Ishak Bin Jaafar

Abu Ishak Bin Jaafar

Instructor
Loyal User
Posts: 2
Member since: 9 Jun 2024

Dr. Ir Fairuz, bagaimana status competency yg expired, bolehkah mereka ( org yg kompeten Pengendali perancah) melakukan kerja2 perancah?

9 Jun 2024 | 14:44
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

Boleh mengikut tahap kompetensi (asas, pertengahan atau tertinggi). Kalau perlu maklumat rasmi, boleh emel pertanyaan kepada projkkp@mohr.gov.my

9 Jun 2024 | 15:45
0 Likes
AZNEE YUSRI BIN MOHD ZAINI

AZNEE YUSRI BIN MOHD ZAINI

Student
Loyal User
Posts: 2
Member since: 10 Jun 2024

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Tuan Ir dan Dr. 


Seorang Scaffolder inspector yang competency yang telah tamat pada 08  Jun, TIDAK DI BENARKAN @ TERUS DI BENARKAN utk melakukan kerja²  pemeriksaan perancah,  serta sign tag / checklist?


Beliau tidak berpeluang utk memperbaharui competency disebabkan sistem yg masih belum siap sepenuh nya.

Mohon pencerahan. 

Terima kasih.

10 Jun 2024 | 13:42
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Dalam tempoh peralihan ini (sejak 1 Jun 2024) pendaftaran OK dan OT perancah dalam myKKP ditutup disebabkan pemansuhan AKJ.

Penutupan ini dijangka sehingga peraturan baharu berkaitan kerja di tempat tinggi (WAH) diwartakan.

Semua pekerja yang mempunyai kursus latihan perancah yang sesuai boleh menjalankan kerja sebagaimana kursus latihan itu berkaitan (walaupun telah tamat tempoh pendaftarannya). Pemeriksa dan penyelia perancah dikehendaki mendaftar sebagai OK selepas Peraturan WAH diwartakan dan myKKP sedia.

10 Jun 2024 | 16:08
0 Likes
SiLver BuLLet

SiLver BuLLet

Student
Loyal User
Posts: 1
Member since: 9 Jun 2024

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Tuan,


1. Adakah pengajar pengendali perancah 1,2 dan 3 perlu mengambil kursus Pembaharuan OYT (orang yang terlatih) apabila tempoh tamat sijil OYT bagi melayakkan status pengajar?


2. Boleh atau tidak pengendali perancah melampirkan sijil terdahulu untuk melayakkan diri sebagai seorang penyelia dan pemeriksa OYK (orang yang kompeten)?


3. Apabila seseorang berdaftar sebagai penyelia Asas, Pertengahan dan Tertinggi OYK (orang yang kompeten), adakah mereka layak atau tidak untuk mendaftar sebagai seorang pemeriksa Asas, Pertengahan dan Tertinggi OYK (orang yang kompeten)?

11 Jun 2024 | 11:49
0 Likes
TERAS UNIVERSAL SDN BHD

TERAS UNIVERSAL SDN BHD

Student
Loyal User
Posts: 3
Member since: 9 Jun 2024

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kami menerima beberapa soalan daripada pemasang perancah berkenaan pembaharuan MYKKP.

Seperti yang dimaklumkan pihak JKKP sebelum ini, sebarang pembaharuan dan pendaftaran tidak dapat diproses selagi (WAH) tidak diwartakan. Pemasang perancah tidak dapat bekerja atau naik offshore selagi tidak membuat pembaharuan MYKKP. Hal ini memberi kesan kepada mereka yang bekerja kerana  lesen mereka telah expired.  Walaupun menggunakan sijil yang sedia ada, tetapi tidak diterima majikan kerana majikan hanya akan terima lesen yang telah diperbaharui. Bolehkah pihak JKKP berikan pencerahan terhadap isu ini atau dokumen sokongan dari pihak JKKP sendiri untuk membantu mereka .

12 Jun 2024 | 12:27
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024
quote-right
Reply to SiLver BuLLet

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Tuan,


وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

1. Harapan JKKP adalah semua tenaga pengajar perancah memegang kompetensi yang dia ajar supaya dia boleh praktikkan pengetahuan yang dia ada, di samping mengetahui perubahan praktik dan amalan terkini berkaitan industri perancah.

Bagi tujuan ini, JKKP menggalakkan semua PLB membenarkan tenaga pengajar mereka untuk membuat freelance sebagai pemeriksa atau penyelia. 

Perkara ini akan dimaktubkan dalam Garis Panduan PLB yang akan diterbitkan. 

12 Jun 2024 | 18:17
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024
quote-right
Reply to SiLver BuLLet

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Tuan,


2. Mana-mana pengendali perancah sedia ada yg telah hadir kursus pemeriksa atau penyelia drpd pusat latihan berdaftar (PLB) JKKP akan dianggap telah layak utk berdaftar sebagai pemeriksa dan penyelia mengikut tahap pengendali perancah. Sebagai orang kompeten, Peraturan Fi adalah terpakai. Pendaftaran akan menggunakan myKKP apabila sistem sedia dan selepas Peraturan kerja di tempat tinggi diwartakan.

Walau apa pun tajuk kursus pemeriksa atau penyelia drpd PLB, semua akan dianggap telah memenuhi tahap asas. Pemeriksa Perancah dan Penyelia Perancah dikehendaki hadir dan lulus kursus Pemeriksa Perancah dan Penyelia Perancah di PLB JKKP berdasarkan silibus baharu TG20 dalam tempoh yang akan ditetapkan.

Pemasang perancah, pemeriksa perancah dan penyelia perancah akan dikehendaki menghadiri kursus ulangkaji setiap 3 tahun. Perincian bagi silibus dan syarat kursus ulangkaji akan dimaklumkan kelak.

12 Jun 2024 | 18:20
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024
quote-right
Reply to SiLver BuLLet

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Tuan,


3. JKKP mewujudkan satu laluan kerjaya berkaitan perancah, bermula dr pemasang perancah asas sehingga penyelia perancah tertinggi. Pada masa yang sama, mereka boleh memohon untuk jadi tenaga pengajar dan penilai bagi kursus perancah di PLB. Ini terpakai untuk pemasang perancah yang hadir mana-mana kursus pengendali perancah selepas 1 Jun 2024. 

Bagi pengendali perancah yang berdaftar sebelum 1 Jun 2024, JKKP memberi kelonggaran dengan mengiktiraf mereka sebagai pemeriksa dan penyelia secara automatik, berdasarkan jawapan no.1

12 Jun 2024 | 18:25
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024
1. Adakah semua kompetensi perancah wajib nak masuk Kelas tambahan ini? 

Tidak perlu bagi pengendali perancah yang telah hadir dan lulus mana-mana kursus pengendali perancah yang diiktiraf oleh JKKP sebelum 1 Jun 2024.

2.Kalau tidak masuk Kelas tambahan syallabus TG 20, bolehkah kita memperbaharui lesen kita semasa tarikh tamat?

Semua pengendali perancah dikelaskan sebagai orang terlatih dan dinamakan pemasang perancah mengikut tahap kompetensi (asas, pertengahan, tertinggi). Orang terlatih tidak perlu membuat pembaharuan pendaftaran.

3. Setiap Kali pengendali perancah wajib ada drawing perancah? tak kira tower tinggi atau rendah.

Mana-mana struktur perancah hendaklah direka bentuk dan dipasang berdasarkan reka bentuk, yang biasanya disertakan dengan lukisan reka bentuk supaya maklumat reka bentuk dapat disampaikan seperti kehendak seksyen 20 AKKP. Reka bentuk hendaklah dibuat berdasarkan standard diiktiraf, contohnya BS EN 12811 atau BS 5975.
12 Jun 2024 | 18:28
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

Pihak Petronas Carigali Sdn Bhd memerlukan bantuan daripada pihak tuan berkenaan pematuhan pendaftaran lukisan perancah. Selepas pemansuhan FMA dan sementara menunggu WAH regulation diluluskan, kontraktor kami mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai pendaftaran lukisan perancah

 

Seperti yang Dr. Fairuz maklumkan semasa di Seminar Pemantuhan Perancah sebelum ini, selepas OSHA 2022 berkuatkuasa pada 1 Jun 2024, semua lukisan perancah tidak perlu lagi didaftar dengan pihak JKKP, dan hanya perlu mendapatkan kelulusan PE ataupun melanggan ke perisian TG20. Namun begitu WAH regulation masih belum lagi diluluskan pada masa kini.

 

Kami harap pihak JKKP dapat memberi panduan dalam menyelesaikan masalah ini agar pematuhan kepada peraturan perancah dapat kami laksanakan.


Tanpa peraturan yang khusus, kita hendaklah merujuk kepada kehendak perundangan yang lebih umum, iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514 dan Akta A1648).

2. Mana-mana majikan mempunyai kewajipan di bawah seksyen 15 untuk menyedia dan menyenggara loji (perancah) dan sistem kerja yang selamat bagi perancah, menjamin penggunaan  loji (perancah) yang selamat, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan  loji (perancah), dan membangunkan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan semasa penggunaan  loji (perancah). Selain itu, kewajipan prinsipal di bawah seksyen 18A dan pemasang dan pembina  loji (perancah) dalam seksyen 20(3) juga adalah berkaitan.

3. Selain itu, penggunaan perancah juga hendaklah mematuhi Peraturan KKP (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024 atau Peraturan CDM yang menetapkan kewajipan klien, pereka bentuk kerja pembinaan dan kontraktor kerja pembinaan, terutamanya peraturan 21 berkenaan kestabilan struktur (perancah). 

4. Cadangan penyelesaian: Semua reka bentuk perancah modular/ sistem (termasuk perancah pasang siap atau kerangka) haruslah dipasang, diguna dan dirombak berdasarkan manual arahan pengilang yang disediakan berdasarkan standard diiktiraf, contohnya BS EN 12810. Bagi perancah tiub, reka bentuk haruslah dibuat berdasarkan BS12811 atau TG20 Design Guide oleh Jurutera Profesional (PEPC) dan pemasangan, penggunaan dan perombakan haruslah berdasarkan TG20 Operational Guide, SG4 dan mana-mana panduan teknikal yang setara dengannya. Perisian yang dibangunkan oleh NASC juga boleh digunakan tanpa perlu PEPC. Semua maklumat reka bentuk boleh disimpan di tempat kerja untuk rujukan dan diberikan kepada mana-mana orang yang memerlukannya (rujuk Peraturan CDM). 

5. Banyak lagi kehendak Peraturan CDM yang boleh digunakan bagi memastikan keselamatan penggunaan perancah yang tidak dapat saya sampaikan dalam e-mel yang ringkas ini.


12 Jun 2024 | 18:29
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

(Q1) Just would like to check, as per regulation is that the scaffold erector is permitted to inspect the Level 1 scaffolding and give green tag for the scaffolding erected


As of now, no specific regulation on this. Employer must ensure scaffold inspector has received training as is necessary. If you are a construction work contractor, then CDM regulations apply to you.

12 Jun 2024 | 18:32
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024
quote-right
Reply to TERAS UNIVERSAL SDN BHD

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kami menerima beberapa soalan daripada pemasang perancah berkenaan pembaharuan MYKKP.

Seperti yang dimaklumkan pihak JKKP sebelum ini, sebarang ...

Telah dimaklumkan bahawa pemasang perancah tidak perlu berdaftar atau membaharui pendaftaran kerana telah dijadikan orang terlatih. Mereka boleh bekerja sebagai pemasang perancah dengan menunjukkan kepada majikan sijil hadir dan lulus kursus dan pendaftaran terdahulu dgn JKKP untuk  bekerja. Pemeriksa perancah dan penyelia perancah akan dijadikan orang kompeten oleh Peraturan WAH apabila diwartakan kelak, hatta perlu berdaftar berserta fi menggunakan myKKP apabila ianya sedia.

Sebarang pernyataan rasmi majikan boleh ajukan kepada projkkp@mohr.gov.my

12 Jun 2024 | 18:40
1 Likes
TERAS UNIVERSAL SDN BHD

TERAS UNIVERSAL SDN BHD

Student
Loyal User
Posts: 3
Member since: 9 Jun 2024
quote-right
Reply to Fairuz Ab Rahman

Telah dimaklumkan bahawa pemasang perancah tidak perlu berdaftar atau membaharui pendaftaran kerana telah dijadikan orang terlatih. Mereka boleh bekerja sebagai pemasang perancah dengan menunjukkan ...

Sebelum ini kami dimaklumkan, bagi pemasang perancah yang telah tamat tempoh , jika ingin perbaharui lesen mereka, wajib untuk menghadiri kelas refresher. Berdasarkan jawapan Tuan di atas, pemasang perancah dikelaskan dibawah OYT, jadi soalan saya, adakah OYT ini perlu daftar di dalam MYKKP dan membuat pembaharuan lesen setiap 3 tahun seperti sebelum ini, atau sudah tidak perlu berdaftar dibawah MYKKP dan hanya gunakan sijil yang diperolehi daripada pusat latihan sahaja ? Maaf jika soalan saya berulang, kerana ada juga info yang kami terima selepas sistem okay, OYT juga perlu daftar dalam sistem MYKKP dan tidak akan dikenakan caj FI. Jika kenyataan pihak tuan berkenaan OYT tidak perlu daftar dan buat pembaharuan bolehkah, pihak Tuan keluarkan satu surat rasmi mengatakan OYT tidak perlu pembaharui atau daftar dalam mykkp ? Ini akan memudahkan pemasang perancah dan untuk majikan.  Hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci, memandangkan banyak maklumat dan pertanyaan yang bercanggah yang kami terima dari pemasang perancah. Kami yakin ada surat  atau kenyataan rasmi dari pihak Dosh dapat membantu menjawab pertanyaan ini.
13 Jun 2024 | 10:39
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024

1. Kursus ulangkaji

2. Pendaftaran orang terlatih dalam myKKP

3. Pembaharuan pendaftaran


Perkara ini akan dimaklumkan secara rasmi apabila telah dipersetujui & diputuskan oleh pengurusan tertinggi JKKP

14 Jun 2024 | 07:30
0 Likes
AZNEE YUSRI BIN MOHD ZAINI

AZNEE YUSRI BIN MOHD ZAINI

Student
Loyal User
Posts: 2
Member since: 10 Jun 2024

Assalamualaikum Tuan Haji Ir. Dr. Mohd Fairuz


Apabila FMA 1967 bersama BOWEC 1986 di mansuhkan, bagaimanakah keperluan undang-undang yg terbaharu (selepas 1 Jun 2024) berkenaan perancah Tiub dan Coupler yg di bakal di pasang melebihi 40 meter dan Perancah lain( pre-frabricated) yang bakal di pasang melebihi 15 meter, ada kedua² situasi ini masih memerlukan Lukisan Kejuruteraan PEPC atau tidak?  Pertanyaan ini adalah penting ,  di atas faktor keselamatan struktur serta kos wang ringgit perlantikan PEPC dan lukis  perancah.  Jika perlu, di Seksyen mana kah yg perlu saya rujuk di dalam CWDM 2024? Terima kasih. 

24 Jun 2024 | 17:09
0 Likes
Fairuz Ab Rahman

Fairuz Ab Rahman

Staff
Loyal User
Forums Top User
Posts: 13
Likes: 5
Followers: 1
Member since: 6 Jun 2024
quote-right
Reply to AZNEE YUSRI BIN MOHD ZAINI

Assalamualaikum Tuan Haji Ir. Dr. Mohd Fairuz


Apabila FMA 1967 bersama BOWEC 1986 di mansuhkan, bagaimanakah keperluan undang-undang yg terbaharu (selepas 1 Jun 2024) berkenaan ...

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Soalan ini mirip soalan D1 dalam FAQ ini https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/soalan-lazim-perundangan/4798-faq-moc-bowec-pemansuhan/file dan jawapan juga sama

24 Jun 2024 | 22:18
0 Likes
TERAS UNIVERSAL SDN BHD

TERAS UNIVERSAL SDN BHD

Student
Loyal User
Posts: 3
Member since: 9 Jun 2024

Assalammualaikum dan selamat petang,

Saya mendapat soalan dari pengendali perancah, dia ada hubungi JKKP Kedah berkenaan pembaharuan lesen OYK Pengendali Perancah, dan dimaklumkan untuk pembaharuan, boleh dibuat dalam sistem, cuma perlu pilih pendaftaran baru. Jadi, dia meminta kami untuk proceed pembaharuan dia, sedangkan info yang kami terima, sebarang pembaharuan  dan pendaftran tidak boleh lagi sehingga perundangan baru diwartakan. Pihak saya juga ada menhubungi JKKP Kedah, tetapi info yang kami terima bertentangan. Kami dimaklumkan , untuk pemasang perancah sudah dikategorikan sebagai Trained Person, jadi tidak perlu daftar dalam MYKKP. Saya juga bertanya, adakah ini sementara sehingga perundangan baru diwartakan, dan JKKP Kedah memaklumkan kepada saya, mmng confirm pemasang perancah tidak perlu dftar dalam sistem MYKKP. Yang masih dibincangkan sekrang adalah untuk pemeriksa dan penyelia perancah sahaja. Hanya 2 itu sahaja yang belum boleh dftar lagi dlm sistem MYKKP. Untuk  pemasang dah confirm tidak perlu daftar sampai bila-bila.

Bolehkah, Tuan jelaskan kepada kami, supaya mudah untuk kami jelaskan jika mendapat soalan seperti ini. Pemasang perancah tersebut juga memaklumkan kepada saya, pihak syarikat pengendali perancah tersebut,  tidak menerima surat FAQ MOC BOWEC PEMANSUHAN_21062024 untuk pelepasan kerja  kecuali mendapat surat rasmi dari pihak JKKP.

17 Jul 2024 | 15:33
0 Likes

Report

Please describe about the report short and clearly.

About US

COMPETENCY powered by Rimays is a fully-featured learning management system that helps you to run your education business in several hours. This platform helps instructors to create professional education materials and helps students to learn from the best instructors.

Our Partners

- COMPANY 1

- COMPANY 2

- COMPANY 3

- COMPANY 4

- COMPANY 5

- COMPANY 6

COMPANY 7

COMPANY 8

Become Our Partners


GDPR

When you visit any of our websites, it may store or retrieve information on your browser, mostly in the form of cookies. This information might be about you, your preferences or your device and is mostly used to make the site work as you expect it to. The information does not usually directly identify you, but it can give you a more personalized web experience. Because we respect your right to privacy, you can choose not to allow some types of cookies. Click on the different category headings to find out more and manage your preferences. Please note, that blocking some types of cookies may impact your experience of the site and the services we are able to offer.