MYR (RM)
RM
Malaysia Ringgit
$
United States Dollar

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (FI BAGI PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN DAN PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR) 2024

Created by Mohamad Syamir Senin in Articles 8 Jun 2024
Share

Pada 31 Mei 2024 kerajaan telah mewartakan PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (FI BAGI PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN DAN PENYEDIA LATIHAN BERDAFTAR) 2024.


Peraturan ini menetapkan fi bagi pendaftaran orang yang kompeten (OYK) dan juga pendaftaran penyedia latihan berdaftar (PLB). Terdapat dua jenis OYK iaitu individu dan juga syarikat.


Merujuk kepada GARIS PANDUAN PENDAFTARAN DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN 2024 yang telah dikemaskini pada 1 Jun 2024 menyatakan


OYK individu adalah seperti berikut:


  • 1. Orang kompeten berkenaan loji
  •      i. Operator Kren
  •      ii. Orang Yang Berkelayakan Lif
  •      iii. Orang Yang Berkelayakan Jentera Mengangkat 
  •      iv. Jurutera Dandang Stim
  •      v. Operator Dandang Stim

2. Orang kompeten berkenaan tapak bina

  •      i. Penyelia Keselamatan Tapak

  • 3. Orang kompeten berkenaan pengurusan kimia, higien industri, dan kemalangan bahaya besar

    •      i. Orang Kompeten Major Hazard
    •      ii. Pengapit
    •      iii. Penaksir Kualiti Udara Dalaman
    •      iv. Juruteknik Higien 1
    •      v. Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan
    •      vi. Penaksir Risiko Bising
    •      vii. Juruteknik Higien 2

    • 4. Orang kompeten berkenaan kesihatan pekerjaan

      •      i. Doktor Kesihatan Pekerjaan
      •      ii. Orang Yang Berkelayakan Lif


      OYK syarikat adalah seperti berikut:


      1. Orang kompeten berkenaan loji

      •      i. Orang Kompeten (Syarikat) Pembinaan dan Pembaikan Dandang Stim
      •      ii. Orang Kompeten (Syarikat) Pembinaan dan Pembaikan Bejana Tekanan
      •      iii. Orang Kompeten (Syarikat) Pemasang dan Pembuka Lif, Eskalator dan Laluan Gerak
      •      iv. Orang Kompeten (Syarikat) Pengilang Jentera Mengangkat
      •      v. Orang Kompeten (Syarikat) Pemasang dan Pembuka Jentera Mengangkat

      2. Orang kompeten berkenaan higien industri

      •      i. Pusat Ujian Audiometrik (Statik)
      •      ii. Pusat Ujian Audiometrik (Bergerak)


      Walaubagai manapun JKKP masih belum mengeluarkan garis panduan pendaftaran PLB. Buat masa ini fi untuk pendaftaran PLB tidak dikenakan lagi sehingga garis panduan pendaftaran PLB dikeluarkan.


      Untuk pendaftaran OYK Individu permohonan perlu membuat bayaran RM 50 untuk fi pemprosesan semasa menghantar permohonan dan sekiranya permohonan diluluskan permohon dikehendaki untuk membuat bayaran RM 200 untuk fi pendaftaran. Untuk pembaharuan OYK hanya perlu membuat bayaran RM 200 untuk fi pembaharuan sahaja.  


      Untuk pendaftaran OYK syarikat permohonan perlu membuat bayaran RM 300 untuk fi pemprosesan semasa menghantar permohonan dan sekiranya permohonan diluluskan permohon dikehendaki untuk membuat bayaran RM 3,000 untuk fi pendaftaran.  Untuk pembaharuan OYK syarikat permohon hanya perlu membuat bayaran RM 3,000 untuk fi pembaharuan sahaja.


      Untuk pendaftaran atau pembaharuan PLB permohonan perlu membuat bayaran RM 150 untuk fi pemprosesan semasa menghantar permohonan dan sekiranya permohonan diluluskan permohon dikehendaki untuk membuat bayaran RM 1,500 untuk fi pendaftaran. Untuk pembaharuan PLB permohon hanya perlu membuat bayaram RM 1,500 untuk fi pembaharuan sahaja.


      Pendaftaran adalah sah untuk 3 tahun.


      Dikemaskini pada: 22 Julai 2024


      Comments (0)

      Share

      Share this post with others

      GDPR

      When you visit any of our websites, it may store or retrieve information on your browser, mostly in the form of cookies. This information might be about you, your preferences or your device and is mostly used to make the site work as you expect it to. The information does not usually directly identify you, but it can give you a more personalized web experience. Because we respect your right to privacy, you can choose not to allow some types of cookies. Click on the different category headings to find out more and manage your preferences. Please note, that blocking some types of cookies may impact your experience of the site and the services we are able to offer.